Thursday, 1 June 2023

Perjumpaan MGCC dengan Menteri Dalam Negeri


Presiden MGCC bersama ahli Dewan Perniagaan Malaysia Global (MGCC) telah mengadakan perjumpaan dengan Menteri Dalam Negeri, YB Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail bagi perbincangan hal ehwal keselamatan, kewarganegaraan, hubungan MGCC dengan Negara APEC dan juga perbincangan ringkas bagi pelaksanaan program oleh MGCC.

Friday, 19 May 2023

MGCC dan MCCC Lawatan Ke Parlimen Malaysia




Ke Parlimen Malaysia hari ini bawa rakan dari Czech Republic menghayati demokrasi Negara Malaysia. 

Lawatan ini diadakan dengan jumlah peserta terhad diantara Dewan Perniagaan Malaysia Global (Malaysia Global Chamber of Commerce) (MGCC) dan Dewan Perniagaan Malaysia Czech (Malaysia Czech Chamber of Commerce) (MCCC).

Tahniah YB Senator Tan Sri Dato Sri Dr Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar atas pelantikan sebagai Yang DiPertua Dewan Negara. Tahniah juga YB Senator Datuk Nur Jazlan Mohamed atas pelantikan sebagai Timbalan YDP Dewan Negara yang baharu.

Terima kasih YB Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan dan YBS Fuziah Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup. Terima kasih jua rakan2 sahabat semua.

Acara berakhir dengan makan tengahari di Restoran Rebung Chef Ismail 

#alhamdulillah #parlimen #mgcc #mccc 

Thursday, 11 May 2023

Majlis Hari Raya Aidilfitri 2023: PEKATA, MGCC dan NGO



Presiden MGCC hadir ke persiapan bagi Majlis Raya Aidilfitri 2023 anjuran Persatuan Kebajikan Ehwal Tanah Air (PEKATA) bersama Dewan Perniagaan Malaysia Global (MGCC) dan beberapa NGO lain yang bertempat di Kg Amer, Besut, Terengganu.

Thursday, 6 April 2023

Majlis Berbuka Puasa 2023M/1444H Rakan Strategik

 




Majlis Berbuka Puasa 2023M/1444H Rakan Strategik
•Persatuan Kebajikan Bekas Anggota Skuad 69 PDRM
•Malaysia Global Chamber of Commerce (MGCC)
•Chaanvig Publication Sdn Bhd
Pada 06hb April 2022 bertempat di TAZYEEN Arabic & Mughlai Cuisine, Kuala Lumpur.

Alhamdulillah..

#Skuad69PDRM #MGCC #Chaanvig




Thursday, 17 March 2022

Presiden MGCC Terima Kurnia DIMP

KDYMM Pemangku Raja Pahang berkenan menyempurnakan Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) kepada Buani Atiqi bin Abdul Rahman, Presiden Dewan Perniagaan Malaysia Global / Malaysia Global Chamber of Commerce (MGCC)

KDYMM SPB YDP Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan berfoto setelah selesai berangkat bagi menyempurnakan Majlis Santapan/ Jamuan Tengah Hari sempena istiadat kali ini.

Berfoto kenangan bersama YAB Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Besar Pahang

Merafak sembah menjunjung kasih atas limpah perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, Sultan Pahang mengurniakan kepada Presiden Dewan Perniagaan Malaysia Global (MGCC), Dato' Haji Buani Atiqi bin Abdul Rahman dengan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia - Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato'.

Istiadat pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Pahang Darul Makmur sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-62 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menjunjung kurnia Tuanku.

Pada hari Khamis 17 Mac 2022 bersamaan 14 Syaaban 1443 Hijrah di Balairung Seri Istana Abu Bakar Pekan Negeri Pahang Darul Makmur.


Tuesday, 13 July 2021

Kunjung Hormat MGCC kepada YB Timbalan Menteri Kewangan II

Penaung MGCC, YBhg Dato' Sri Hj Abdul Rahman Bakar sedang berbincang dengan  Timbalan Menteri Kewangan II, YB Tuan Mohd Shahar bin Abdullah mengenai perkembangan dewan perniagaan.

Penaung (Dato' Sri Abdul Rahman Bakar), Presiden (Dato' Hj Buani Atiqi Abdul Rahman) dan Majlis Tertinggi MGCC berfoto kenangan bersaama YB Timbalan Menteri (YB Tuan Mohd Shahar Abdullah) selepas sesi pertemuan.

PUTRAJAYA - Penaung diiringi oleh Presiden dan 2 orang ahli Dewan Perniagaan Malaysia Global (MGCC) telah berkunjung hormat kepada YB Timbalan Menteri Kewangan II Malaysia dalam rangka perbincangan kedudukan peniaga-peniaga yang terkesan dan mengalami kerugian akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan bagi membendung penularan wabak Covid-19. Segala usaha dan bantuan akan dilakukan sebaik mungkin bagi membantu meringankan mereka yang terkesan.

Thursday, 10 June 2021

Reply Letter from IGP to MGCC


Reply letter from Inspector General of Pollice (IGP) to MGCC
Surat balasan dari Ketua Polis Negara (KPN) kepada MGCC

Seluruh warga Malaysia Global Chamber of Commerce (MGCC) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YDH Dato' Sri Acryl Sani bin Haji Abdullah Sani yang telah dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baharu. Selamat bertugas.