Penaung

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman Bin Bakar, SSMS., SSAP., DPMT., DMSM., AMN., PJK., JP.

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Bakar (lahir 30 Mei 1952 di Kampung Gelugur Kedai, Kuala Terengganu) merupakan ahli politik dari pantai timur Semenanjung Malaysia. Beliau pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia dalam Kabinet Malaysia. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau menjadi guru selepas belajar.(1984-1986). Beliau pernah telah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara selama 2 penggal (2008-2014) dan Pegawai Pembangunan Parlimen Marang (2008-2013). Beliau dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)(1987-1990). Kemudian Timbalan Pengerusi Mara (1990-1995). Beliau turut dilantik sebagai Pengerusi Myanmar-Malaysia Chamber of Commerce dan Presiden Penggiat Kebudayaan Jawa Malaysia. Dan beliau juga adalah sebagai Presiden Penggiat Kebudayaan Malaysia-Indonesia. Beliau juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Golden Pharos Berhad. Beliau pernah menjadi Penasihat PEKIDA Negeri Terengganu, Naib Pengerusi PEMADAM Malaysia,- Ahli Lembaga Belia Daerah Marang dan Pengerusi Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP).