Sejarah MGCC

Dewan Perniagaan Malaysia Global ditubuhkan pada tahun 2003 dan kemuncaknya pada tahun 2008. Setelah dewan ini mengikuti beberapa rombongan rasmi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, maka dewan telah ditransformasikan nama kepada Bahasa Inggeris iaitu Malaysia Global Chamber Of Commerce (MGCC) pada tahun 2016. Dewan MGCC dipimpin oleh Dato’ Seri Kanagaraja sewaktu itu sebagai Presiden telah mengadakan pelbagai aktiviti yang memanfaatkan negara Malaysia dengan negara-negara di serantau dunia. Dan pada 14 Mei 2017, dewan telah menyaksikan pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden yang mana dimenangi oleh Dato’ Sri Dr. Alex Ong dan Dato’ Haji Buani Atiqi Abdul Rahman sebagai pemimpin muda yang baru bagi memimpin MGCC dan meneruskan objektif serta misi-misi Dewan Perniagaan Malaysia Global (MGCC).

Pada tanggal 30 September 2020 semasa Mesyuarat Agung MGCC, suatu keputusan mengejutkan telah dibuat oleh Dato' Seri Dr. Alex Ong yang berhasrat berundur dari jawatan beliau sebagai Presiden MGCC kerana beliau telah memegang banyak jawatan dan berkomitmen tinggi di persatuan dan syarikat-syarikat yang lain. Dato' Seri Dr. Alex Ong telah mencadangkan Dato' Haji Buani Atiqi untuk menggantikan tempat beliau. Cadangan ini disokong oleh ahli jawatankuasa yang lain.

Pada 27 Oktober 2020 YBhg Dato' Seri Dr. Alex Ong, Presiden MGCC Ke-2 yang amat dikasihi telah meninggal dunia. Selaku Presiden MGCC Ke-3, YBhg. Dato' Haji Buani Atiqi bin Dato' Sri Abdul Rahman bertekad untuk meneruskan agenda bermanfaat buat MGCC.