Thursday 22 June 2023

Terima kasih dan Tahniah Mantan KPN, KPN dan TKPN dari MGCC


Presiden Dewan Perniagaan Malaysia Global (MGCC) dengan tulus ikhlas mengucapkan:
1) Setinggi-tinggi terima kasih dan selamat bersara Tan Sri Acryl Sani bin Haji Abdullah Sani
2) Tahniah seambar kasturi kepada YDH Tan Sri Dato' Sri Razarudin bin Husain atas pelantikan sebagai Ketua Polis Negara yang baharu.
3) Tahniah seambar kasturi kepada YDH Datuk Seri Ayob Khan bin Mydin Pitchay atas pelantikan sebagai Ketua Polis Negara yang baharu

Thursday 15 June 2023

Perbincangan MGCC dengan Ketua Menteri Melaka

YAB Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka berfoto dengan Dato' Sri Abdul Rahman Bakar, Penaung MGCC dan Dato' Haji Buani Atiqi Abdul Rahman, Presiden MGCC 

MELAKA - Penaung dan Presiden MGCC telah berkunjung hormat bertemu YAB Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka bagi sesi perbincangan mengenai potensi pelaburan dan peluang di Negeri Melaka. YAB Ketua Menteri menyambut baik usaha yang telah dibuat dan meminta untuk meneruskan apa jua yang mendatangkan kebaikan buat Negeri Melaka.

Thursday 1 June 2023

Perjumpaan MGCC dengan Menteri Dalam Negeri


Presiden MGCC bersama ahli Dewan Perniagaan Malaysia Global (MGCC) telah mengadakan perjumpaan dengan Menteri Dalam Negeri, YB Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail bagi perbincangan hal ehwal keselamatan, kewarganegaraan, hubungan MGCC dengan Negara APEC dan juga perbincangan ringkas bagi pelaksanaan program oleh MGCC.