Mantan Presiden

Presiden Pertama
Dato' (DR.) Kanagaraja Raman


Presiden Kedua
Mendiang (Late) Prof. Dato' Sri Dr. Alex Ong

Yang Berbahagia Dato’ Seri Dr. Alex Ong, JP., adalah seorang Ahli Koperat yang berjaya khususnya dalam bidang pelaburan, beliau juga merupakan seorang pejuang budaya yang dikenali ramai dan seorang ahli politik yang dihormati serta pernah dilantik memegang beberapa jawatan politik dalam Kerajaan Malaysia, dengan kepakaran yang ada pada beliau, maka beberapa Pemerintah Kabupaten dan Kota di Indonesia telah melantik beliau sebagai Ketua Perwakilan Lembaga bagi membantu dan menyokong tugas Kedutaan Besar Republik Indonesia di Malaysia untuk mengeratkan lagi hubungan budaya, pendidikan dan juga ekonomi antara Negara serta membantu menarik pelabur antara dua Negara, beliau adalah pemegang jawatan penting dalam beberapa Pertubuhan & Koperasi serta Yayasan yang ada di Malaysia dan juga Negara Asean, bukan sahaja sering berkongsikan pengalaman niaga malah beliau juga sering berkongsi peluang meningkatkan lagi ekonomi serta melestarikan budaya ke peringkat Negara di Asean khasnya dan Amnya Asia. Beliau adalah seorang Doktor Falsafah dalam Bidang Perundangan dan Bisnes Antarabangsa (Khusus Pelaburan Ekonomi) dan juga pernah dianugerahkan Doktor kehormat dalam bidang perniagaan & ekonomi oleh beberapa University terkemuka di United Kingdom dan juga United State of Amerika. Kini beliau melebarkan jaringan dan juga rangkaian kenalannya di Malindo MBCC sebagai Ketua Pengarah Asia merangkap Ketua Pendaftar, Pentadbiran dan Kewangan dan juga sebagai Ahli CWC Malindo MBCC. Diatas jasa-jasa yang dicurahkan, beliau telah dianugerahkan beberapa pingat dan juga gelaran oleh beberapa Kesultanan di Negara Asean dan juga Ingeris, beliau juga pernah memenagi beberapa Penghargaan (Award) sebagai menghargai kebaktian minda terhadap masyarakat dan juga Negara. Dengan kepakaran serta pengalaman yang ada pada beliau, Malindo MBCC berharap dapat membantu para usahawan, budayawan dan golongan pendidik dengan berteraskan 10 fungsi yang ada pada MBCC sekali gus membantu Negara melestarikan budaya, pendidikan dan meningkatkan lagi hubungan diplomatik dan ekonomi dua hala. Mendiang YBhg Prof. Dato' Sri Alex Ong yang sangat berjasa dan disayangi telah meninggal dunia pada 27 Oktober 2020.