Tuesday 13 July 2021

Kunjung Hormat MGCC kepada YB Timbalan Menteri Kewangan II

Penaung MGCC, YBhg Dato' Sri Hj Abdul Rahman Bakar sedang berbincang dengan  Timbalan Menteri Kewangan II, YB Tuan Mohd Shahar bin Abdullah mengenai perkembangan dewan perniagaan.

Penaung (Dato' Sri Abdul Rahman Bakar), Presiden (Dato' Hj Buani Atiqi Abdul Rahman) dan Majlis Tertinggi MGCC berfoto kenangan bersaama YB Timbalan Menteri (YB Tuan Mohd Shahar Abdullah) selepas sesi pertemuan.

PUTRAJAYA - Penaung diiringi oleh Presiden dan 2 orang ahli Dewan Perniagaan Malaysia Global (MGCC) telah berkunjung hormat kepada YB Timbalan Menteri Kewangan II Malaysia dalam rangka perbincangan kedudukan peniaga-peniaga yang terkesan dan mengalami kerugian akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan bagi membendung penularan wabak Covid-19. Segala usaha dan bantuan akan dilakukan sebaik mungkin bagi membantu meringankan mereka yang terkesan.