Saturday, 20 July 2024

DAULAT TUANKU KDYMM SPB YDP KE 17


𝗗𝗔𝗨𝗟𝗔𝗧 𝗧𝗨𝗔𝗡𝗞𝗨

Semoga Allah SWT memberkati pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Wednesday, 15 May 2024

MGCC Kunjungan ke IKMa


Presiden dan Timbalan Presiden MGCC telah melakukan kunjungan kepada YB. Tuan Onn bin Abu Bakar, Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa) pada 15 Mei 2024.

Saturday, 27 April 2024

Majlis Santunan Kasih Syawal YAB TPM


 
Pada 27 April 2024, Penaung dan Presiden MGCC telah hadir ke

Majlis Santunan Kasih Syawal

YAB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, 
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah di Sri Satria, Putrajaya.

#dsazh #ZahidHamidi #alhamdulillah #mgcc 

Tuesday, 16 April 2024

Kunjungan MGCC ke CIDB


Presiden dan Timbalan Presiden MGCC melakukan kunjung hormat kepada YBhg. Dato’ Sr Mohd Zaid Zakaria, Ketua Eksekutif CIDB Malaysia pada 16 April 2024 bagi kebaikan ahli-ahli dan rakan strategik MGCC.

#chaanvig #mgcc #cidb

Tuesday, 12 March 2024

Kunjungan MGCC Kepada Timbalan Menteri KKR

Kunjungan Penaung, YBhg Dato' Sri Haji Abdul Rahman Bakar dan Presiden MGCC, YBhg. Dato' Haji Buani Atiqi Abdul Rahman kepada YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya pada 11 Mac 2024 untuk kebaikan ahli dan rakan strategik MGCC.

#mgcc #kkr


 

Thursday, 22 June 2023

Terima kasih dan Tahniah Mantan KPN, KPN dan TKPN dari MGCC


Presiden Dewan Perniagaan Malaysia Global (MGCC) dengan tulus ikhlas mengucapkan:
1) Setinggi-tinggi terima kasih dan selamat bersara Tan Sri Acryl Sani bin Haji Abdullah Sani
2) Tahniah seambar kasturi kepada YDH Tan Sri Dato' Sri Razarudin bin Husain atas pelantikan sebagai Ketua Polis Negara yang baharu.
3) Tahniah seambar kasturi kepada YDH Datuk Seri Ayob Khan bin Mydin Pitchay atas pelantikan sebagai Ketua Polis Negara yang baharu

Thursday, 15 June 2023

Perbincangan MGCC dengan Ketua Menteri Melaka

YAB Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka berfoto dengan Dato' Sri Abdul Rahman Bakar, Penaung MGCC dan Dato' Haji Buani Atiqi Abdul Rahman, Presiden MGCC 

MELAKA - Penaung dan Presiden MGCC telah berkunjung hormat bertemu YAB Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka bagi sesi perbincangan mengenai potensi pelaburan dan peluang di Negeri Melaka. YAB Ketua Menteri menyambut baik usaha yang telah dibuat dan meminta untuk meneruskan apa jua yang mendatangkan kebaikan buat Negeri Melaka.

Thursday, 1 June 2023

Perjumpaan MGCC dengan Menteri Dalam Negeri


Presiden MGCC bersama ahli Dewan Perniagaan Malaysia Global (MGCC) telah mengadakan perjumpaan dengan Menteri Dalam Negeri, YB Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail bagi perbincangan hal ehwal keselamatan, kewarganegaraan, hubungan MGCC dengan Negara APEC dan juga perbincangan ringkas bagi pelaksanaan program oleh MGCC.

Friday, 19 May 2023

MGCC dan MCCC Lawatan Ke Parlimen Malaysia




Ke Parlimen Malaysia hari ini bawa rakan dari Czech Republic menghayati demokrasi Negara Malaysia. 

Lawatan ini diadakan dengan jumlah peserta terhad diantara Dewan Perniagaan Malaysia Global (Malaysia Global Chamber of Commerce) (MGCC) dan Dewan Perniagaan Malaysia Czech (Malaysia Czech Chamber of Commerce) (MCCC).

Tahniah YB Senator Tan Sri Dato Sri Dr Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar atas pelantikan sebagai Yang DiPertua Dewan Negara. Tahniah juga YB Senator Datuk Nur Jazlan Mohamed atas pelantikan sebagai Timbalan YDP Dewan Negara yang baharu.

Terima kasih YB Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan dan YBS Fuziah Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup. Terima kasih jua rakan2 sahabat semua.

Acara berakhir dengan makan tengahari di Restoran Rebung Chef Ismail 

#alhamdulillah #parlimen #mgcc #mccc 

Thursday, 11 May 2023

Majlis Hari Raya Aidilfitri 2023: PEKATA, MGCC dan NGO



Presiden MGCC hadir ke persiapan bagi Majlis Raya Aidilfitri 2023 anjuran Persatuan Kebajikan Ehwal Tanah Air (PEKATA) bersama Dewan Perniagaan Malaysia Global (MGCC) dan beberapa NGO lain yang bertempat di Kg Amer, Besut, Terengganu.

Thursday, 6 April 2023

Majlis Berbuka Puasa 2023M/1444H Rakan Strategik

 




Majlis Berbuka Puasa 2023M/1444H Rakan Strategik
•Persatuan Kebajikan Bekas Anggota Skuad 69 PDRM
•Malaysia Global Chamber of Commerce (MGCC)
•Chaanvig Publication Sdn Bhd
Pada 06hb April 2022 bertempat di TAZYEEN Arabic & Mughlai Cuisine, Kuala Lumpur.

Alhamdulillah..

#Skuad69PDRM #MGCC #Chaanvig




Thursday, 17 March 2022

Presiden MGCC Terima Kurnia DIMP

KDYMM Pemangku Raja Pahang berkenan menyempurnakan Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) kepada Buani Atiqi bin Abdul Rahman, Presiden Dewan Perniagaan Malaysia Global / Malaysia Global Chamber of Commerce (MGCC)

KDYMM SPB YDP Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan berfoto setelah selesai berangkat bagi menyempurnakan Majlis Santapan/ Jamuan Tengah Hari sempena istiadat kali ini.

Berfoto kenangan bersama YAB Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Besar Pahang

Merafak sembah menjunjung kasih atas limpah perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, Sultan Pahang mengurniakan kepada Presiden Dewan Perniagaan Malaysia Global (MGCC), Dato' Haji Buani Atiqi bin Abdul Rahman dengan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia - Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato'.

Istiadat pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Pahang Darul Makmur sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-62 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menjunjung kurnia Tuanku.

Pada hari Khamis 17 Mac 2022 bersamaan 14 Syaaban 1443 Hijrah di Balairung Seri Istana Abu Bakar Pekan Negeri Pahang Darul Makmur.


Tuesday, 13 July 2021

Kunjung Hormat MGCC kepada YB Timbalan Menteri Kewangan II

Penaung MGCC, YBhg Dato' Sri Hj Abdul Rahman Bakar sedang berbincang dengan  Timbalan Menteri Kewangan II, YB Tuan Mohd Shahar bin Abdullah mengenai perkembangan dewan perniagaan.

Penaung (Dato' Sri Abdul Rahman Bakar), Presiden (Dato' Hj Buani Atiqi Abdul Rahman) dan Majlis Tertinggi MGCC berfoto kenangan bersaama YB Timbalan Menteri (YB Tuan Mohd Shahar Abdullah) selepas sesi pertemuan.

PUTRAJAYA - Penaung diiringi oleh Presiden dan 2 orang ahli Dewan Perniagaan Malaysia Global (MGCC) telah berkunjung hormat kepada YB Timbalan Menteri Kewangan II Malaysia dalam rangka perbincangan kedudukan peniaga-peniaga yang terkesan dan mengalami kerugian akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan bagi membendung penularan wabak Covid-19. Segala usaha dan bantuan akan dilakukan sebaik mungkin bagi membantu meringankan mereka yang terkesan.

Thursday, 10 June 2021

Reply Letter from IGP to MGCC


Reply letter from Inspector General of Pollice (IGP) to MGCC
Surat balasan dari Ketua Polis Negara (KPN) kepada MGCC

Seluruh warga Malaysia Global Chamber of Commerce (MGCC) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YDH Dato' Sri Acryl Sani bin Haji Abdullah Sani yang telah dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baharu. Selamat bertugas.

Thursday, 13 May 2021

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2021M / 1442H from MGCC

 

Seluruh warga Malaysia Global Chamber of Commerce mengucapkan

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2021, maaf zahir batin.

Thursday, 28 January 2021

Happy Thaipusam 2021


தைப்பூசத் திருநாள் வாழ்த்துகள்
Wishing you a blessed #Thaipusam2021 kepada rakan-rakan yang menyambutnya ✨


Wednesday, 28 October 2020

Berita Duka: Pemergian Selamanya Presiden MGCC Ke-2 (Dato' Seri Dr. Alex Ong) Merangkap KP MBCC dan Seluruh Rangkaiannya

PEMBERITAHUAN

PER: BERITA DUKA PEMERGIAN SELAMANYA KETUA PENGARAH MALINDO BUSINESS & CULTURAL CENTER (MBCC) ASIA MERANGKAP PENGERUSI PENGASAS YAYASAN MALINDO WORLDWIDE DAN SELURUH RANGKAIANNYA

Dukacita dimaklumkan akan berita kematian YTH. Profesor Dato' Seri Dr. Alex Ong, Ketua Pengarah Malindo MBCC merangkap Presiden MGCC Ke-2 pada 27 Oktober 2020 pada jam kira-kira 2.15 pagi.

Demikian dimaklumkan, sekian.

Upacara penghormatan terakhir buat beliau adalah seperti di bawah:




Thursday, 1 October 2020

Mesyuarat Agung MGCC

Tarikh: 30 September 2020
Masa: 2.00pm
Tempat: Wisma Malindo, Lorong Pendita 4 Taman Connaught Cheras, Kuala Lumpur.

Agenda adalah seperti berikut

Tuesday, 16 May 2017

Anak Muda Berganding - MGCC


16 Mei 2017 - Keratan akhbar: Sinar Harian (Edisi Marang)

Anak muda berganding
Dilantik sebagai pengerusi dan timbalan pengerusi MGCC yang baharu