Presiden dan Timbalan Presiden MGCC telah melakukan kunjungan kepada YB. Tuan Onn bin Abu Bakar, Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa) pada 15 Mei 2024.
Wednesday, 15 May 2024
Saturday, 27 April 2024
Majlis Santunan Kasih Syawal YAB TPM
YAB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah di Sri Satria, Putrajaya.
#dsazh #ZahidHamidi #alhamdulillah #mgcc
Tuesday, 16 April 2024
Kunjungan MGCC ke CIDB
Presiden dan Timbalan Presiden MGCC melakukan kunjung hormat kepada YBhg. Dato’ Sr Mohd Zaid Zakaria, Ketua Eksekutif CIDB Malaysia pada 16 April 2024 bagi kebaikan ahli-ahli dan rakan strategik MGCC.
#chaanvig #mgcc #cidb
Tuesday, 12 March 2024
Kunjungan MGCC Kepada Timbalan Menteri KKR
Kunjungan Penaung, YBhg Dato' Sri Haji Abdul Rahman Bakar dan Presiden MGCC, YBhg. Dato' Haji Buani Atiqi Abdul Rahman kepada YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya pada 11 Mac 2024 untuk kebaikan ahli dan rakan strategik MGCC.
#mgcc #kkr
Thursday, 22 June 2023
Terima kasih dan Tahniah Mantan KPN, KPN dan TKPN dari MGCC
Presiden Dewan Perniagaan Malaysia Global (MGCC) dengan tulus ikhlas mengucapkan:
1) Setinggi-tinggi terima kasih dan selamat bersara Tan Sri Acryl Sani bin Haji Abdullah Sani
2) Tahniah seambar kasturi kepada YDH Tan Sri Dato' Sri Razarudin bin Husain atas pelantikan sebagai Ketua Polis Negara yang baharu.
3) Tahniah seambar kasturi kepada YDH Datuk Seri Ayob Khan bin Mydin Pitchay atas pelantikan sebagai Ketua Polis Negara yang baharu
Thursday, 15 June 2023
Perbincangan MGCC dengan Ketua Menteri Melaka
YAB Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka berfoto dengan Dato' Sri Abdul Rahman Bakar, Penaung MGCC dan Dato' Haji Buani Atiqi Abdul Rahman, Presiden MGCC
MELAKA - Penaung dan Presiden MGCC telah berkunjung hormat bertemu YAB Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka bagi sesi perbincangan mengenai potensi pelaburan dan peluang di Negeri Melaka. YAB Ketua Menteri menyambut baik usaha yang telah dibuat dan meminta untuk meneruskan apa jua yang mendatangkan kebaikan buat Negeri Melaka.
Thursday, 1 June 2023
Perjumpaan MGCC dengan Menteri Dalam Negeri
Presiden MGCC bersama ahli Dewan Perniagaan Malaysia Global (MGCC) telah mengadakan perjumpaan dengan Menteri Dalam Negeri, YB Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail bagi perbincangan hal ehwal keselamatan, kewarganegaraan, hubungan MGCC dengan Negara APEC dan juga perbincangan ringkas bagi pelaksanaan program oleh MGCC.










