Saturday, 27 April 2024

Majlis Santunan Kasih Syawal YAB TPM


 
Pada 27 April 2024, Penaung dan Presiden MGCC telah hadir ke

Majlis Santunan Kasih Syawal

YAB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, 
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah di Sri Satria, Putrajaya.

#dsazh #ZahidHamidi #alhamdulillah #mgcc 

Tuesday, 16 April 2024

Kunjungan MGCC ke CIDB


Presiden dan Timbalan Presiden MGCC melakukan kunjung hormat kepada YBhg. Dato’ Sr Mohd Zaid Zakaria, Ketua Eksekutif CIDB Malaysia pada 16 April 2024 bagi kebaikan ahli-ahli dan rakan strategik MGCC.

#chaanvig #mgcc #cidb

Tuesday, 12 March 2024

Kunjungan MGCC Kepada Timbalan Menteri KKR

Kunjungan Penaung, YBhg Dato' Sri Haji Abdul Rahman Bakar dan Presiden MGCC, YBhg. Dato' Haji Buani Atiqi Abdul Rahman kepada YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya pada 11 Mac 2024 untuk kebaikan ahli dan rakan strategik MGCC.

#mgcc #kkr


 

Thursday, 22 June 2023

Terima kasih dan Tahniah Mantan KPN, KPN dan TKPN dari MGCC


Presiden Dewan Perniagaan Malaysia Global (MGCC) dengan tulus ikhlas mengucapkan:
1) Setinggi-tinggi terima kasih dan selamat bersara Tan Sri Acryl Sani bin Haji Abdullah Sani
2) Tahniah seambar kasturi kepada YDH Tan Sri Dato' Sri Razarudin bin Husain atas pelantikan sebagai Ketua Polis Negara yang baharu.
3) Tahniah seambar kasturi kepada YDH Datuk Seri Ayob Khan bin Mydin Pitchay atas pelantikan sebagai Ketua Polis Negara yang baharu

Thursday, 15 June 2023

Perbincangan MGCC dengan Ketua Menteri Melaka

YAB Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka berfoto dengan Dato' Sri Abdul Rahman Bakar, Penaung MGCC dan Dato' Haji Buani Atiqi Abdul Rahman, Presiden MGCC 

MELAKA - Penaung dan Presiden MGCC telah berkunjung hormat bertemu YAB Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka bagi sesi perbincangan mengenai potensi pelaburan dan peluang di Negeri Melaka. YAB Ketua Menteri menyambut baik usaha yang telah dibuat dan meminta untuk meneruskan apa jua yang mendatangkan kebaikan buat Negeri Melaka.

Thursday, 1 June 2023

Perjumpaan MGCC dengan Menteri Dalam Negeri


Presiden MGCC bersama ahli Dewan Perniagaan Malaysia Global (MGCC) telah mengadakan perjumpaan dengan Menteri Dalam Negeri, YB Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail bagi perbincangan hal ehwal keselamatan, kewarganegaraan, hubungan MGCC dengan Negara APEC dan juga perbincangan ringkas bagi pelaksanaan program oleh MGCC.

Friday, 19 May 2023

MGCC dan MCCC Lawatan Ke Parlimen Malaysia




Ke Parlimen Malaysia hari ini bawa rakan dari Czech Republic menghayati demokrasi Negara Malaysia. 

Lawatan ini diadakan dengan jumlah peserta terhad diantara Dewan Perniagaan Malaysia Global (Malaysia Global Chamber of Commerce) (MGCC) dan Dewan Perniagaan Malaysia Czech (Malaysia Czech Chamber of Commerce) (MCCC).

Tahniah YB Senator Tan Sri Dato Sri Dr Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar atas pelantikan sebagai Yang DiPertua Dewan Negara. Tahniah juga YB Senator Datuk Nur Jazlan Mohamed atas pelantikan sebagai Timbalan YDP Dewan Negara yang baharu.

Terima kasih YB Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan dan YBS Fuziah Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup. Terima kasih jua rakan2 sahabat semua.

Acara berakhir dengan makan tengahari di Restoran Rebung Chef Ismail 

#alhamdulillah #parlimen #mgcc #mccc